Sentuhan Cinta

Sentuhan Cinta
Author: Haiza Najwa
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 647
Release: 2007
Genre: Malay fiction
ISBN: 9831243099

Hanya kerana dendam, Tajiyah sanggup memomokkan wajah Hurin Ain sebagai hodoh dan paling buruk. Sakit hatinya tatkala menatap rambut ikal mayang berwarna perang dan mata biru milik anak tirinya itu. Hurin Ain percaya dan menancapkan kepercayaan itu dalam mindanya tanpa prejudis kerana kasihnya kepada wanita itu. Dia mendambakan kasih seorang ibu yang tidak pernah membelainya. Mungkinkah ada insan yang sudi membawa Hurin Ain kenal dirinya sendiri? Lalu memberikan kebahagiaan setulus kasih kepadanya?

Ratu

Ratu
Author: Richie Rachman
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 288
Release:
Genre:
ISBN: 9678604183

PAGI itu Baizura terjaga dari tidur dan berasa hidupnya kosong. Dia seperti ke­hilangan sesuatu. Hidup­nya tidak ubah macam boneka. Bila diperlukan dibelai dan disayangi tapi bila sudah tidak diperlukan ditinggalkan begitu sahaja. Sepatutnya dia gembira ke­rana berpeluang melancong ke Hong Kong secara percuma. Hanya di hari pertama sahaja dia berasa gembira tapi tidak di hari ketiga ini. Fikirannya melayang jauh. Cahaya mentari pagi masuk melalui tingkap yang terbuka luas di depannya. Dari katilnya dia boleh melihat pemandangan sebahagian dari Pelabuhan Hong Kong yang sentiasa sibuk itu. Pantulan cahaya di permukaan laut itu membalikkan kilauan warna-warna kristal dan menyilaukan mata. Beberapa buah tongkang kecil ber­gerak perlahan-lahan dan memecah kilau permukaan laut yang kelihatan berkaca itu.

Kubawa Hati Ini

Kubawa Hati Ini
Author: Elis Mokhtar
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 464
Release: 2011
Genre: Fiction
ISBN: 9831246462

SEMEMANGNYA bukan mudah untuk mendirikan mahligai impian, apatah lagi untuk memanjangkan usia kerukunannya. Walaupun kita sering dihadapkan dengan pelbagai pilihan, namun kita tetap tersalah pilih. Tidak semestinya lelaki yang kita cintai mampu membahagiakan. Perkahwinan antara dua benua, berbeza bangsa, adat dan agama benar-benar mencabar kesabarannya. Namun demi sebuah cinta yang diagung-agungkan, dia rela terima segala dugaan dengan tabah. Perkampungan permai ini harus dipertahankan kedamaiannya! Tetapi, setelah begitu lama hidup bersama... mengapa diri ini mula goyah? Hati mula menjadi tawar dan rasa cinta hilang entah ke mana. Hinggalah satu malam, dia nekad membuat keputusan. Semua ini harus ditinggalkan. Dia ingin terbang bebas bak camar, pergi... tanpa perlu menoleh lagi. “Ya ALLAH... berdosakah aku? Benarkah apa yang telah aku putuskan ini? Atau, siapakah yang selayaknya berada di hati?”

Ku Usir Lara Ini

Ku Usir Lara Ini
Author: Aminah Mokhtar
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 343
Release: 2007
Genre: Malay fiction
ISBN: 9831243226

Terkesan dengan ranjau yang diharungi remaja di bumi bergolak, Baghdad dan Baitulmuqaddis, Nilam seorang jururawat pelatih mencari akar remaja bangsanya di sebuah hospital, Kuala Lumpur. Bersama MUAZ, TARIQ DAN SHUHAIBA anak-anak mangsa perang dan rakan sepengajian di Universiti Ukhwah Antarabangsa membantu melunasi hutangnya pada negara-negara Islam yang dirundung malang, mencari dana membantu anak-anak mangsa perang dan mencari penyelesaian emosi dan sokongan anak-anak mangsa pembangunan teknologi. Bersama ABANG HAN yang penyayang dan MIRUL yang dinamik, anak-anak yang ditinggalkan ayah akhirnya menemui kehidupan yang berperibadi di bumi yang mewah dengan aman. Projek BUKAN DOSA BANGSAKU dijalankan untuk merawat penyakit anak-anak remaja di Kuala Lumpur supaya berjaya merealisasikan impian berkat kekentalan semangat anak-anak yang cintakan sebuah negara sakinah dan berjaya mengharungi ranjau kehidupan. KUUSIR LARA INI merakamkan pahit getir anak-anak remaja Islam dunia menghadapi golak dan olak dunia mencari jati diri yang lebih bermaruah. Akan terusirkah lara itu?

Sorry, Aku Bukan Dia

Sorry, Aku Bukan Dia
Author: Iza Safiya
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 698
Release: 2014
Genre: Malay fiction
ISBN: 9831249690

Berbicara tentang cinta, Hazry memang pandai berteka-teki. Tampak tenang di wajah tetapi sukar melafazkannya di dalam hati. Dia memang lelaki penyabar. Biarpun Hani Mariya dibelenggu kecelaruan perasaan dek ilusi cinta lalunya bersama Hans Muneef, namun Hazry rela menerima Hani sebagai isteri. Tapi rupanya, jurang yang tercipta lebih dalam daripada yang dijangka. Kekecewaan itu semakin menjeruk rasa. Cemburu buta mula membakar ego seorang suami. Dan bukan mudah untuk Hazry kekal menjadi pencinta setia. Terlalu banyak pengorbanan yang harus Hazry lakukan untuk membuktikan cintanya. Bayangan Hans Muneef harus dibakar dari terus mengekori denai cintanya bersama Hani.

Aduhai Cinta

Aduhai Cinta
Author: Samsiah Mohd Noor
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 578
Release: 2012
Genre: Fiction
ISBN: 983124768X

“Aduhai Cinta… apa ada padamu?” Itulah keluhan Suri Abadi. Dia tidak Nampak cinta bersama Hermand, apatah lagi untuk menikmati indahnya cinta bersama lelaki yang kaku dan kelu itu. Untuk rindu, jauh sekali kerana lelaki itu tidak romantik dan gemar memungkiri janji. Namun, bunga-bunga cinta mulai mewarnai hidup si gadis apabila dia bertemu dengan Fard Fahim yang memiliki sifat romantik dan penyayang. Fard Fahim hadir bersama wangian mawar putih yang sentiasa mengiringi pertemuan mereka. Suri Abadi nampak cinta di mana-mana. Kehadiran Fard Fahim mengindahkan dunia cintanya yang suram selama ini. Dia mula hanyut menyulam mimpi dan harap an bersama lelaki itu.

Kasih Dania

Kasih Dania
Author: Ayu Emelda
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 488
Release: 2007
Genre: Malay fiction
ISBN: 983124298X

Karya yang sungguh romantik ini tentu membuai perasaan anda apabila watak-watak yang dicipta oleh Ayu Emelda berjaya menghidupkan suasana perjalanan cerita. Dania seorang gadis tomboy diminta untuk bernikah dengan Amir semata-mata untuk menyelamatkan keadaan. Amir tidak mahu terus didesak oleh keluarga untuk berumah tangga. Perkahwinan mereka atas dasar tolong-menolong itu telah membawa perasaan kasih sayang dalam diri Dania. N Namun, tidak bagi Amir. Pada masa yang sama, wujudnya orang ketiga yang membuatkan Amir jatuh cinta. Bagaimana status perkahwinan Amir dengan Dania bila Maria cuba memenangi hati Amir? Tahukah keluarga Amir yang perkahwinan anak mereka itu hanyalah sementara? Berjayakah Maria berkahwin dengan Amir?

Yang Sebenarnya

Yang Sebenarnya
Author: Aisya Sofea
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 512
Release: 2009
Genre: Malay fiction
ISBN: 9831244745

TIDAK semua cinta itu berbalas. Inilah yang terjadi kepada Eddie.Akibat cintanya ditolak oleh Nazirah, sepupunya, dia nekad membawa diri ke London. Hatinya perlu dirawat. Kelukaan Eddie mendapat simpati daripada Nadhiya, adik Nazirah.Melalui kiriman e-mel dan YM, Nadhiya sentiasa meyakinkan Eddie bahawa cinta akan datang lagi. Namun, hati Eddie belum terbuka untuk mencari pengganti. Seiring waktu berlalu... cinta Eddie semakin memekar. Dengan semangat baru, Eddie pulang bersama cinta untuk Nadhiya. Malangnya, kalimat keramat itu tidak terucap dari bibirnya, apatah lagi Nadhiya melayannya seperti seorang abang. Eddie jadi panasaran. Akibatnya, mereka sering bertelingkah tanpa sebab. Nadhiya memendam rasa...lelaki itu seperti memusuhinya. Semuanya harus dirungkaikan. Eddie perlu berterus terang tentang perasaan sebenarnya. Dan Nadhiya pula mesti menyedari bahawa cinta baru Eddie adalah untuk dirinya!

Misi Rebut Hati

Misi Rebut Hati
Author: Nuriz Aida
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 538
Release: 2015
Genre: Malay fiction
ISBN: 9678604760

Syed Ikram Hakimi mempertaruhkan segala-gala untuk mencari kepuasan hidup. Jiwa muda membuatkan dia mudah tergelincir dari landasan sebenar. Baginya, muda hanya sekali. Jika tidak dinikmatinya sekarang, bila tua tiada maknanya lagi. Malah demi membuktikan dirinya bukan hamba cinta, dia juga sanggup menyahut cabaran sesiapa sahaja. Kehadiran Aleesya Arianna membuatkan Ikram berpaling dua kali. Gadis itu ibarat jinak-jinak merpati. Malah mampu menjadi mawar yang berduri. Mendekati gadis itu membuatkan hati lelaki ini bergetar hebat. Dalam masa yang sama, dia perlu membuat pilihan. Ketika hati mula menerima cinta, dia terpaksa menelan racun yang diciptakannya sendiri. Benar kata orang, ‘terlajak perahu boleh diundur, tetapi terlajak kata buruk padahnya.’ Sekali lagi Arianna terluka. Tapi kali ini dia sudah bersedia. Manusia seperti Ikram tidak layak mendapat cintanya.

Cinta Bunga Tulip

Cinta Bunga Tulip
Author: Laila Kamilia
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 702
Release: 2012
Genre: Malay fiction
ISBN: 9831248481

Berkawan sejak kecil, Adrian dan Puteri Sara Ibrani berkongsi segala suka dan duka. Puteri Sara, gadis yang kuat merajuk namun Adrian ada cara terbaik untuk memujuk. Hadiahkan bunga tulip… seluruh hati Puteri Sara cepat saja cair! Mereka hanya sayang-menyayangi. Istilah cinta tidak terpahat dalam sanubari. Namun bohonglah kalau tidak ada sekelumit cinta! Dalam geram menunggu luahan Adrian, Puteri Sara ingin mencapai satu impian. Dia ingin pulang ke Malaysia, merungkai rahsia yang dipendam oleh papanya selama 21 tahun. Dia perlukan pertolongan Adrian untuk meyakinkan papanya yang dia sudah cukup dewasa untuk pulang ke kampung halaman.