Tunang Tak Guna

Tunang Tak Guna
Author: MURNI AQILA
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 425
Release:
Genre:
ISBN: 9678607239

Shila bertunang dengan Ezzat. Mereka suka sama suka. Si Shila ni perangainya pelik sikit. Cepat menggelabah. Kalut tak tentu pasal. Kuat melatah. Lurus bendul. Tapi baik hati. Ezzat ni pulak kononnya cinta sepenuh hati pada Shila. Namun pada hari mereka bakal disatukan, Ezzat lari dari kampung! Tak tahulah sebab apa. Sakit otak agaknya. Tak guna! Shila punyalah kecewa... menangis tak berhenti. Dahlah satu keluarga dapat malu. Menanggung hutang lagi. Kena kutuk pulak tu. Siapa yang tak sedih? Tanpa disangka, rumah Shila terbakar. Semua tak dapat diselamatkan. Berita duka itu sampai ke pengetahuan Ezzat. Menyesal tak sudah Ezzat dibuatnya. Walau dah bertahun-tahun, dia masih menyesal tinggalkan Shila. Ditakdirkan dia jumpa gadis berwajah seiras Shila. Tapi gadis tu bergaya. Perangai pulak garang gila. Muka Ezzat selamba dia lempang. Padan muka Ezzat! Barulah bertemu buku dengan ruas. Ezzat panggil gadis tu awek rimau. Hmm... apa yang terjadi antara Ezzat dengan awek rimau agaknya?

Masih Setia

Masih Setia
Author: Aisya Sofea
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 544
Release: 2011
Genre: Life change events
ISBN: 9831246101

Miera - Gadis biasa yang hidup serba sederhana. Ada rupa, ada pelajaran, ada cita-cita. Dalam menjalani kehidupan seharian, teman lelaki tidak pernah terlintas di fikiran. Sehinggalah dia dipaksa memikirkannya atau dia tiada pilihan! Rudi - Lelaki terpilih yang ingin digandingkan dengan Miera. Namun Miera tetap berkeras enggan berteman biarpun segunung harta dijanjikan untuknya. Musibah melanda. Sekelip mata, percutian Miera di bumi asing bertukar menjadi tragedi. Namun, di sebalik peristiwa hitam yang berlaku, kehadiran Dr. Malik mengetuk pintu hatinya. Dalam kesibukan membantu mangsa bencana, dia mengamati lelaki itu dari jauh. Dalam kelelahan menjalani kehidupan seharian, dia mendekati tanpa sengaja. Jeling-menjeling, pandang-memandang. Jiwa terusik, hati bergelora hingga tanpa sedar, perasaan itu hadir tanpa diundang. Mengapa hatinya mudah tercuit dek lelaki itu?

Cinta Boarding Pass

Cinta Boarding Pass
Author: BATIAH HADI
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 279
Release: 2017
Genre:
ISBN: 9678607824

Mereka tertukar laptop adakah mereka akan tertukar hati juga? Hanna Zaki gadis 26 tahun tidak menyangka lelaki yang buat dia menyampah semasa di dalam kapal terbang telah tertukar laptop dengannya. Selepas mendapat laptop masing-masing Hanna menyangka lelaki itu tidak akan ditemui lagi tetapi malangnya dia asyik terserempak dengan Thareq Zidan. Apabila dia menggoda, Hanna jadi cair secairnya. Pertemuan kali kedua mereka berdua di Perth buat Thareq Zidan sedar dia tidak boleh lepaskan Hanna. Hati Hanna harus terus ditakluki. Dia luahkan perasaannya tetapi malangnya Hanna sudah pun bertunang. Thareq: “Belum, mana tahu awak bukan budak perempuan yang duduk di tepi tingkap tu. Entah-entah awak tipu. Boleh tak awak snap gambar awak. Bersekali dengan laptop saya.” Hanna: “Saya tak ada perasaan pada awak. Awak faham tak? Awak salah. Tolong jauhkan diri awak daripada saya. Saya dah nak kahwin. Saya tak mahu jumpa awak lagi dalam hidup saya Thareq Zidan!” Antara tanggungjawab dan pilihan hati, Hanna terpaksa membuat pilihan sama ada untuk terus memilih Dr. Hariz Zakuan, tunang pilihan ibu bapanya atau Thareq Zidan yang sering saja buat hatinya berbolak-balik dan keluh-kesah? CAPTION: Biarkan aku jadi penakluk terulung hati dan jiwamu. Kupinta pada TUHAN moga kau jadi milikku.

Jawapan Yang Pasti

Jawapan Yang Pasti
Author: Eka Fahara
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 496
Release: 2009
Genre: Malay fiction
ISBN: 9831244389

ORANG kata, bercinta dengan dengan golongan artis amat membahayakan kerana hu-bung an pastinya tidak akan kekal lama. Namun bagi Kyra, dia percaya kepada Ariff kerana amat mengenali lelaki itu, jiran sebelah rumahnya. Tidak mungkin Ariff sanggup mempersendakan cinta dan kasih sayang mereka. Namun, langit tidak selalunya cerah. Hubungan mereka yang sudah mendapat restu daripada keluarga tidak bermakna lagi buat Kyra. Kenyataan Ariff yang terpampang di dada akhbar benar-benar merobek hatinya. Sanggup lelaki itu menafi kan hubungan mereka ketika disoal media dan menyatakan bahawa Kyra hanyalah jirannya.Gadis itu lantas membawa diri yang lara. Dia nekad tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu. Namun, dunianya yang sudah tenang dikocak pula dengan berita Ariff ditangkap khalwat. Bencinya terhadap lelaki itu sudah tidak dapat dibendung lagi.Ariff baru tersedar daripada peristiwa hitam itu. Dunianya pula semakin gelap tanpa Kyra di sisi. Dia harus memperisterikan Kyra kerana masih lagi menyayangi gadis itu. Namun, apa yang dibimbanginya... adakah gadis itu masih mahu bertamu di hati-nya sedangkan mendengar suaranya pun sudah tidak sudi lagi

Awek Abang Poyo

Awek Abang Poyo
Author: Ummu Wafa
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 564
Release: 2014
Genre: Fiction
ISBN: 9831249038

Kasdina Alya - Seorang gadis cun, cekal dan bersemangat waja. Bersendirian mengharungi suka-duka kehidupan di kota London. Anas Irfan - Jejaka handsome yang poyo giler. Buat part-time di tempat yang sama dengan tempat Kasdina bekerja. Walaupun munculnya cuma dua hari dalam seminggu, namun kewujudannya sudah cukup membuatkan Kasdina sesak nafas dan huru-hara. Suatu hari, Anas menyelamatkan Kasdina daripada dilanggar kereta. Pertolongan tersebut diwartanya sebagai hutang, dan Kasdina perlu membayar dengan dipaksa menyamar menjadi kekasihnya. Tujuannya adalah untuk ditunjukkan pada ibu bapanya yang sedang bercuti di UK, yang dia ada awek lawa yang boleh dijadikan menantu. Takdir berlaku tidak seperti yang dirancang. Ibu bapa Anas terus tertarik dengan Kasdina sebaik saja mereka melihat keperibadiannya. Masalah sedia ada bertambah rumit, bila mama Anas menyarungkan cincin bertunang ke jari manis Kasdina. Tidak semena-mena, dia telah menjadi tunang brader poyo itu dalam sekelip mata. Kacau, memang jiwanya bertambah kacau. Hatinya bertambah sakit bila mat poyo tu selamba saja setuju dengan pertunangan ‘mee segera’ itu.

Benci Ke Sayang?

Benci Ke Sayang?
Author: Nurina Feeza
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 529
Release: 2015
Genre:
ISBN: 9678605759

Bertunang? Gila ke apa? Tambah-tambah lagi, bakal tunangnya adalah Dr. Qasyiful Hakim a.k.a Dr. serius 24 jamyang tak habis-habis dengan muka ketat dia. Oh, tidak! Stress la macam ni! Dia tidak mahu, tapi dia terpaksa. Bencilah! Ah, Erena Amani kena cari idea untuk buat Dr. Qasyiful Hakim tarik diri dari pertunangan ni. Plan A? Hmm… gagal! Plan B? Gagal juga! Plan C pun sama. Pendek kata, semua plan gagal! Aduh, nak buat macam mana ni? Encik tunangnya itu langsung tidak terkesan dengan segala idea gilanya. Dia siap boleh tayang muka tak ada perasaan lagi. “Awak dengar baik-baik, ya! Walaupun papa beria-ia nak saya kahwin dengan awak, tapi awak jangan berangan yang saya akan jatuh cinta pada awak!” Kemunculan Natasya yang begitu mesra dengan encik tunangnya membuatkan Erena cemburu! Eh, aku dah terjatuh cinta ke? Bermacam-macam perkara dilakukan untuk menarik hati Qasyiful, tetapi encik tunangnya itu buat-buat tak nampak. Lagi parah, Natasya sentiasa mencari jalan untuk mengganggu-gugat hubungan mereka.

AKU ALERGIK CINTA

AKU ALERGIK CINTA
Author: Ilyana Hani
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 426
Release: 2016
Genre:
ISBN: 9678606275

Aifa Nabila – Si gadis yang sudah alergik dengan cinta dan lelaki. Selepas dikhianati gara-gara tunangnya bermain kayu tiga, dia benci lelaki. Cinta? Memang taklah! Ikmal Hakimi – Lelaki yang menjadi mangsa gaduh Aifa. Baru pertama kali berjumpa, gadis itu sudah memulakan drama sebabak. Gadis singa yang ayu katanya. Siapa sangka, pertemuan itu bukanlah pertemuan pertama dan terakhir mereka. Mereka bukan sekadar berjiran, tetapi juga berkongsi tempat kerja yang sama. Sejak itulah bermulanya kisah ‘minah gengster vs mamat sengal’. Hari-hari mereka bercakaran, langsung tidak mengenal erti jemu. Akhirnya, musuh ketat bertukar menjadi pasangan kekasih. Cinta datang lagi! Bahagia rasanya apabila dia kembali menyulam erti cinta. Tetapi, kehadiran Aleesya yang memperkenalkan dirinya sebagai tunang Hakimi benar-benar meremukkan jiwa Aifa. Ah, lelaki sama sahaja! Langsung tidak boleh dipercayai.

Akhirnya Aku Kahwin!

Akhirnya Aku Kahwin!
Author: Herna Diana
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 496
Release: 2012
Genre: Love stories
ISBN: 9831247256

Didi - gadis comel yang periang. Dia tidak pernah kisah dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya. Baginya, dia tidak peduli semua itu asalkan tidak menyusahkan orang. Sebagai seorang insan, dia punya keinginan untuk mencinta dan dicintai. Dia tidak pernah jemu menanti cinta sejati walau hatinya sering dipermainkan. Kemunculan Syafizi, menghuru-harakan hidupnya. Katakata ibarat bom nuklear yang keluar daripada mulut lelaki itu menyebabkan darjah kebenciannya pada Syafizi di tahap takat didih. Sesuka hati saja memanggilnya Debab. Berhadapan dengan lelaki itu, dia tidak mahu kalah. Setiap ayat nuklear lelaki itu dibalas dengan ayat ala bom atom. Pesan orang tua, jangan terlalu membenci. Bimbang nanti benci bertukar menjadi sayang. Ya ke? Takkanlah Syafizi yang selalu cari pasal suka padanya. Mustahil! Daripada dia melayan lelaki mulut nuklear itu, lebih baik berchatting dengan Terhangat Di Pasaran. Walaupun mereka saling mengutuk, jejaka itu sudi berkongsi suka duka dengannya. Mungkin jodohnya dengan rakan chattingnya itu. Siapa tahu?

Bersatu Dalam Rindu

Bersatu Dalam Rindu
Author: Amna Nazia
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 616
Release: 2013
Genre: Fiction
ISBN: 9831248902

Camelia Haryani – Bukan duit ringgit yang menjadi pilihannya, tapi bohonglah kalau dia tidak mahu duit. Sebenarnya bukan dia mahu sangat masuk dalam keluarga kaya itu, namun dia terpaksa. Hidupnya jadi tidak menentu semenjak mengenali Ariel dan Reyna. Reyna Natasha – Dia punya segalanya. Sekali kemahuannya dibantah, parah jadinya. Lantaran cintanya ditolak, dia membuat onar. Siapa Ariel dan Camelia? Ah... mereka hanya setumpuk debu dalam hidupnya. Ariel Zhafran – Dia sengaja mengambil kesempatan gara-gara insiden cermin keretanya pecah. Suka benar dia mengenakan gadis polos itu. Perempuan seperti itu hanya patung mainan baginya. Titik persahabatan menjadi pemula segalanya. Benarkah pipit hanya terbang sama enggang? Tidak layakkah pipit untuk terbang bersama?

Sejujur Hatimu

Sejujur Hatimu
Author: Umi Azrini
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 481
Release: 2006
Genre: Malay fiction
ISBN: 983124270X

REEN sebak setiap kali teringatkan dia. Sudah tiga hari dia menangis. Cukuplah. Air matanya kini sudah ke­ring untuk lelaki itu. Muka macam hero, tetapi hati macam binatang! Dasar manusia tidak berhati perut! Bencinya bukan dibuat-buat. Marahnya meluap-luap. Dia telah diperbodoh­kan oleh sepupu sendiri. Jadikan saudara sen­diri seperti barang permainan dan bahan ketawa. Maruahnya dipertaruhkan. Dia berasa cukup ter­hina. Hinaan paling besar kerana saudara sendiri yang melakukannya. “Tak guna!” Reen menyumpah. Hanya beberapa orang sahaja yang tahu hakikat permainan ini. Keluarganya langsung tidak tahu-menahu. Te­tapi dia pasti, suatu hari nanti akan heboh jua. Biarlah anak ini melihat dunia dulu. Dia tidak akan sesekali membenar­kan lelaki itu mendekatinya lagi. Dia akan pergi jauh dari sini. Biarlah kenangan pahit itu kekal di sini. Cameron Highlands sekali lagi menyaksikan kesedihan Nik Nazrini. Lara hatinya dibawa ke tanah dingin ini de­ngan ha­rapan akan sedikit sebanyak menyejukkan hati yang luka. Bila agaknya darah yang mengalir dari hati luka ini akan berhenti? Dia kurang pasti. Yang pasti, parut yang tinggal nanti tentu hodoh sekali. Dia bencikan parut yang bakal melekat dalam hatinya. Ia pasti akan menjadi dendam kesumat. Dendam pada manusia yang tidak berhati perut. Tergamak membakar impian orang lain semata-mata untuk menjaga ego sendiri.