Selamat Tinggal Memori
Download Selamat Tinggal Memori full books in PDF, epub, and Kindle. Read online free Selamat Tinggal Memori ebook anywhere anytime directly on your device. Fast Download speed and no annoying ads. We cannot guarantee that every ebooks is available!
Author | : Shanika Latisha |
Publisher | : Alaf 21 |
Total Pages | : 586 |
Release | : 2006 |
Genre | : Malay fiction |
ISBN | : 9831242335 |
Adlan yang diburu oleh geng-geng pengedar dadah sering dibayangi memori silam ketika terjebak dalam penagihan dadah. Sepanjang pelariannya dia tidak pernah tenteram. Akhirnya dengan Najmil dan Azlin sehingga dia mengharungi pelbagai suka duka yang membuka episod baru dalam hidupnya. Ketulusan Adlan mencuri hati Azlin, namun Najmil pula diburu cemburu sedangkan Adlan mendambakan cinta sejati. Apakah yang dilakukan oleh Adlan kerana cintanya amat membara terhadap Azlin. Perlukah dia melukai hati Najmil yang pernah menolongnya dahulu?
Author | : Ilani Mysara |
Publisher | : Alaf 21 |
Total Pages | : 522 |
Release | : 2005 |
Genre | : Malay fiction |
ISBN | : 9831241819 |
Kalau benarlah cinta itu lahir dari hati yang suci dan rela berkorban deminya, mengapa tidak ke jinjang pelamin pengakhirannya? Kalau benarlah cinta itu dari jiwa yang ikhlas, kenapa ada yang ternoda kerananya? Itulah lumrah cinta manusia. Dicintai dan mencintai tidak pernah padam walaupun sering dipersendakan oleh kerenah manusia. Begitulah kehidupan Dayang yang penuh dengan kemelut cinta. Kali pertama dalam hidup, dia menghadapi dugaan cinta yang sungguh mencabar. Nak ditelan seperti pahit, nak dibuang tak sampai hati. Ungkapan Aku cinta padamu mengajarnya erti reda dan pasrah. Dugaan dan ragam takdir sentiasa bergerak seiring dengan lafaz janjinya. Akhirnya, memporak-perandakan seluruh sendi kehidupannya. Cinta dua darjat antara Dayang dan Syed Iqbal menguji penantiannya. Namun kerana satu janji, biar datang ribut taufan sekalipun, cintanya tetap dipertahankan walau Iqbal terbang tinggi di langit dan dia hanya melata tumbuh di bumi. Sesungguhnya pertarungan merebut cinta Iqbal memerlukan ketakwaan dan ketabahan sebagai syarat!
Author | : Hasreeyati Ramli |
Publisher | : Alaf 21 |
Total Pages | : 321 |
Release | : |
Genre | : |
ISBN | : |
Angin dingin di bulan Januari benar-benar mencengkam tubuh Marlina. Apabila angin itu sesekali menyapanya, secara automatik Marlina akan memeluk tubuhnya. Cuba memerangkap haba ke tubuhnya yang tinggi lampai itu. “Hei, Ina! Kau nak mati kesejukan kat luar tu ke?” pekik teman sebiliknya, Khatija atau lebih dikenali dengan nama Ket yang sedang menjemur pakaian di ampaian apartmen yang mereka sewa. Marlina berpaling sebentar ke arah Ket. Sekadar melemparkan senyuman namun tidak langsung mempedulikan teguran temannya itu.
Author | : Yatie Atiqa |
Publisher | : Alaf 21 |
Total Pages | : 400 |
Release | : 2011 |
Genre | : Fiction |
ISBN | : 9831246551 |
MENERIMA seorang lelaki yang tidak dicintai sebagai suami, perkara yang paling tidak disukai seorang gadis. Apa yang mampu Sara lakukan andai ibu dan ayah memilih Azry sebagai calon menantu dan merestui pernikahan mereka? Dia terpaksa redha. Melayari bahtera rumah tangga bersama Azry yang dulu pernah menjadi teman sepermainan tidak pernah dia fikirkan. Mereka bahagia. Memang benar kata orang, cinta selepas berkahwin indahnya sukar diungkap dengan kata-kata. Namun kehadiran Irfan, kekasih yang pernah menghancurkan hati Sara membuatkan dia kembali mengingati cinta lamanya itu. Sanggupkah dia meninggalkan Azry dan berlari mendapatkan Irfan yang pernah membuatkan hidupnya tidak keruan dan menangis siang malam? Azry pula mula berubah, tidak seperti di awal perkahwinan mereka. Tiada lagi rasa manisnya cinta. Sara buntu. Dia mengharapkan ketulusan dalam sebuah cinta. Masih adakah lagi cinta sejati dalam dunia ini?
Author | : Hasbullah Abu Bakar |
Publisher | : Mohamad Hasbullah bin Abu Bakar |
Total Pages | : 220 |
Release | : 2022-11-24 |
Genre | : Juvenile Fiction |
ISBN | : |
Kembara kali ini membawa Syaid, Hasran, Wei Hun dan Wani ke pelbagai pusuk bumi demi menyelamatkan 7 remaja sakti yang digelar Hatadi dari Pemburu-pemburu Halilintar. Mengapakah mereka diburu? Siapakah pula penunggang naga yang telah hilang? Ikuti pengembaraan yang penuh aksi dan mencabar ini!
Author | : Dhiya Zafira |
Publisher | : Alaf 21 |
Total Pages | : 566 |
Release | : 2014 |
Genre | : Malay fiction |
ISBN | : 9831249380 |
Tujuh tahun Dzar Thalha terperangkap dalam dendam dan air mata. Niat untuk menuntut bela memakan diri apabila dia menjadi mangsa. Dia tidak mampu berbuat apa lagi, bila tangan sudah digari. Dia terjerat dalam tirai besi. Dendam itulah yang menjadikan dia lelaki sebenar. Kerana dendam, dia bangkit daripada kekalahan. Namun siapa sangka, kerana dendam, dia menemui sesuatu yang lebih indah. Cinta dan harapan. Azra Qairina mencuit hatinya. Namun hidup gadis itu amat memeritkan. Dia dipaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintai. Bila dua jiwa yang terluka bersama, mereka faham erti derita. Dan bibir tidak perlu berkata apabila hati sudah bersuara nada cinta dan rindu. Lantaran itu hubungan mereka diuji apabila dendam masa silam mula menjelma.
Author | : Fadli Al-Akiti |
Publisher | : Alaf 21 |
Total Pages | : 630 |
Release | : 2008 |
Genre | : Fantacy |
ISBN | : 9831243528 |
Dunia huru-hara. Sejarah dan kegemilangan tamadun manusia sudah musnah ditelan zaman. Bumi jadi tandus, dihujani asid. Jembalang Bertulang Besi bermaharajalela. Manusia diserang, dibunuh dan diselubungi kerakusan. Rague gagah menumpaskan jembalang-jembalang itu. Askar upahan bermata helang itu mahu membalas dendam atas kematian datuknya. Mengenali Jafni telah menemukan dia dengan misteri silam yang mengundang peristiwa Malapetaka Maha. Segalanya bermula apabila ASAIN, sebuah mandroid menyerupai manusia dicipta. Mencetuskan pergolakan antara manusia - robot yang mengakibatkan kemusnahan bumi yang nyata.
Author | : Damya Hanna |
Publisher | : Alaf 21 |
Total Pages | : 414 |
Release | : 2016 |
Genre | : Malay fiction |
ISBN | : 9678605767 |
Kedatangan Aliff Zulkarnain, pewaris Samudera Holdings ke pulau itu telah mengubah hidup Khadeja. Pertama kali bertentang mata, dia merasakan suatu perasaan yang meresap ke sanubarinya. Keikhlasan dan kesungguhan Aliff berjaya melembutkan jiwa kental Khadeja. Dia diperisterikan walaupun mendapat tentangan hebat daripada keluarga lelaki itu. Namun, ada hati yang terluka. Cinta luhur Budiman untuk Khadeja serta kasih Dr. Suzana untuk Aliff, terus menjadi rahsia. Tidak disangka, kebahagiaan Aliff dan Khadeja sekejap cuma. Khadeja diduga apabila Aliff tidak kembali selepas pulang ke Kuala Lumpur atas urusan keluarga. Pemergian Aliff menjadi tanda tanya.
Author | : Rohaidah Daud |
Publisher | : Pelangi ePublishing Sdn Bhd |
Total Pages | : 172 |
Release | : 2012-07-01 |
Genre | : Fiction |
ISBN | : 9670351766 |
Yasmin marah terhadap perbuatan papanya yang menghancurkan perasaan mamanya. Dia benci terhadap Nenek Mary kerana menjadi punca perpisahan mama dengan papanya. Disebabkan mereka juga, dia terpisah dengan Dahlia, kakaknya. Mamanya pula kemudian meninggalkannya untuk selama-lamanya. Bagaimanakah dia dapat menghadapi semua perkara yang langsung tidak menyebelahi nasibnya? Namun, kemarahan dan kebencian itu reda apabila Yasmin melihat keadaan Nenek Mary dan mengetahui perkara sebenar tentang papa dan kakaknya. Perasaan kasih dan sayang pula meresap ke dalam sanubarinya. Dia terpaksa membuat pilihan. Mampukah Yasmin menyatukan kasihnya dan membahagiakan orang-orang yang disayanginya?
Author | : Mastura Abdullah |
Publisher | : Buku Prima |
Total Pages | : 419 |
Release | : 2015 |
Genre | : Malay fiction |
ISBN | : 9674460535 |
Calon suaminya seorang CEO ternama namun Iris Suhayla langsung tidak mengenalinya. Dia hanya mula mengenali Izzul Haq setelah banyak gosip lelaki itu dikaitkan dengan Putri Ariyana bertebaran di media massa. Bagi Iris Suhayla, bolehkah dirinya yang hanya dicalonkan oleh keluarga kekal menjadi isteri lelaki itu setelah akad dilafaz kelak? Namun buat Izzul Haq, gosip bersama Putri Ariyana hanya mempercepatkan perkahwinan mereka sahaja. Dia bakal mengahwini gadis yang dicintai sejak sekian lama, bakal memiliki keturunan bersama-sama dengannya. Hanya Iris Suhayla yang tidak sedar akan perkara itu. Mengahwini seorang lelaki yang pernah difikirkannya suatu masa dahulu. Dan itulah perjuangan Iris Suhayla hingga ke akhirnya, mencari kebahagiaan dunia dan akhirat di sebalik onak duri bersuamikan seorang CEO ternama, Izzul Haq bin Dato’ Izhar! Bagi yang tertanya-tanya akan titik pertemuan mereka, marilah sama-sama kita hayatinya di dalam Abangku, CEO Sengal!.