Sayang Sepenuh Hati

Sayang Sepenuh Hati
Author: Eka Fahana
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 512
Release: 2010
Genre: Malay fiction
ISBN: 9831245725

KALAULAH Aira tahu lidah Fauzien tidak ber - tulang, dia tidak rela bertukar cincin dan bergelar tunang saat berangkat ke New Zealand. Kesetiaannya tidak dihargai bila Fauzien beralih kasih pada Izzi, teman baiknya sendiri. Memutuskan tali pertunangan adalah keputusan muktamad yang diambil agar dirinya tidak dibelenggu sakit hati dan benci. Dalam merawat luka di hati, Aira berkenalan dengan Adin. Perkenalan singkat itu tidak bermakna buatnya. Namun tidak bagi Adin. Dia gila bayang pada gadis berkulit mulus itu. Puas dia cuba memikat tetapi Aira ibarat me r pati makan di tangan. Jinak, tetapi lari bila ingin dipegang. Laksa Kedah ala New Zealand membuatkan kasih Aira pada Adin mula berputik. Dia mula belajar bercinta lagi. Akhirnya, termeterailah hubungan suci yang didambakan. Namun kemunculan tiba-tiba Suri yang mengaku dia isteri Adin membuatkan jiwa Aira separuh mati. Andai itu kenyataan yang tersurat, Aira tega membawa diri. Dia akur walaupun hidup ini sesekali berlaku kebetulan. Hanya suratan takdir melengkapi sebuah kehidupan.

Ilham Hati

Ilham Hati
Author: Damya Hanna
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 494
Release: 2009
Genre: Malay fiction
ISBN: 9831244427

RIAN sama sekali tidak pernah membayangkan hidupnya akan berubah dalam sekelip mata. Namun, itulah yang terjadi apabila dia terjaga pada suatu hari. Kemunculan Hanif yang diperkenalkan sebagai suaminya amat mengejutkan sedangkan dia sama sekali tidak mengenali siapa lelaki itu. Retrograde amnesia! Sejenis gangguan terhadap memori selepas berlakunya sesuatu trauma. Itu kata doktor yang merawatnya setelah dia terbabit dalam satu nahas jalan raya. Itulah juga punca dia tidak mampu mengenali suami sendiri.

Sengal Punya Mamat

Sengal Punya Mamat
Author: Ummu Wafa
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 437
Release: 2016
Genre:
ISBN: 9678606992

Obes, tapi manis. Itulah Siti Ajira. Ada yang memanggil beliau Siti dan ada juga yang memanggilnya Ajira. Berjaya di desa dan juga cemerlang di kota. Namun, ujian yang melanda di usia remaja, berterusan hingga ke alam rumah tangga. Farhan seorang yang kaya, handsome, bergaya dan merupakan usahawan aksesori dan servis kenderaan mewah di suburbKL metropolis. Namun, kedua-duanya anti cinta. Siti Ajira benci pada lelaki kerana baginya lelaki banyak yang jahat dari yang baik. Farhan pula fobia perempuan kerana apa telah yang diperlakukan oleh tunang terhadapnya meremuk-rendamkan hatinya. Takdir ALLAH mengatasi segala-galanya, mereka diisytihar husband & wife dengan klausa perjanjian yang dirangka ikut suka. Maka apabila diterjemah ke realiti alam rumah tangga, ternyata ia mengharu-birukan keduanya.

Benci Ke Sayang?

Benci Ke Sayang?
Author: Nurina Feeza
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 529
Release: 2015
Genre:
ISBN: 9678605759

Bertunang? Gila ke apa? Tambah-tambah lagi, bakal tunangnya adalah Dr. Qasyiful Hakim a.k.a Dr. serius 24 jamyang tak habis-habis dengan muka ketat dia. Oh, tidak! Stress la macam ni! Dia tidak mahu, tapi dia terpaksa. Bencilah! Ah, Erena Amani kena cari idea untuk buat Dr. Qasyiful Hakim tarik diri dari pertunangan ni. Plan A? Hmm… gagal! Plan B? Gagal juga! Plan C pun sama. Pendek kata, semua plan gagal! Aduh, nak buat macam mana ni? Encik tunangnya itu langsung tidak terkesan dengan segala idea gilanya. Dia siap boleh tayang muka tak ada perasaan lagi. “Awak dengar baik-baik, ya! Walaupun papa beria-ia nak saya kahwin dengan awak, tapi awak jangan berangan yang saya akan jatuh cinta pada awak!” Kemunculan Natasya yang begitu mesra dengan encik tunangnya membuatkan Erena cemburu! Eh, aku dah terjatuh cinta ke? Bermacam-macam perkara dilakukan untuk menarik hati Qasyiful, tetapi encik tunangnya itu buat-buat tak nampak. Lagi parah, Natasya sentiasa mencari jalan untuk mengganggu-gugat hubungan mereka.

Kahwin Tiga Kali

Kahwin Tiga Kali
Author: Rasya Elyna
Publisher: Buku Prima
Total Pages: 416
Release: 2015
Genre: Malay fiction
ISBN: 9674460381

KALAU dah jodoh, tak ke mana. Ikan di laut, asam di darat, di dalam periuk bertemu jua. Begitulah diibaratkan dengan Farizan Natasha yang bertemu jodoh dengan Tengku Azman setelah kecewa diceraikan Shah Iskandar, suami tercinta. Namun disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Dia diduga untuk kali kedua. Tengku Azman pergi meninggalkan Farizan Natasha bersama Engku Nisha dan kandungan yang semakin membesar. Shah Iskandar pula mula menyesali kesilapan diri dan ingin menagih kasihnya kembali. Darwish, lelaki yang dikenali hampir 25 tahun dahulu, pernah menjadi lelaki yang dicintai Farizan Natasha. Mereka berdua terpisah oleh peredaran masa. Di Terengganu, mereka berdua kembali bertemu. Siapakah yang akan memiliki cinta dan membahagiakan Farizan Natasha dan anak-anaknya? “Buat masa ni, Sha tahulah abang sayangkan Sha. Tapi esok lusa manalah tahu kan kut-kut abang dah jumpa bidadari, terus tinggalkan Sha. Abang, Sha sayangkan abang dengan sepenuh hati. Janji dengan Sha yang abang takkan tinggalkan Sha ya.” - Farizan Natasha. “Bila abang pandang wajah dia, abang terbayangkan Sha dan bila abang pandang wajah Sha, abang terbayangkan dia. Abang amat mencintai kedua-duanya, Sha.” – Shah Iskandar. “Idea yang bagus tu. Kita ikut sunah nabi, perempuan pinang lelaki. I like!” - Tengku Azman. “Maksud abang, kalau nanti kita bertemu semula dan kalau-kalau masa tu kita berdua belum kahwin, kita berdua kahwin ajelah.” - Darwish.

Bunga Hati

Bunga Hati
Author: Liza Zahira
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 592
Release: 2012
Genre: Malaysian fiction (Malay)
ISBN: 983124821X

CINTA pertama membawa Dilaila dalam dilema. Janji yang terpatri bersama Amer kecundang di tengah jalan, lantaran dendam semalam yang tidak terlerai. Dilaila pasrah menghadapi dugaan. Perkenalan dengan seorang doktor, Joshua memberi sinar baharu buat Dilaila. Tatkala bersua, hatinya bahagia. Namun, hubungan mereka tergantung kerana Joshua terpaksa kembali ke pangkuan keluarga nun jauh di Filipina. Berbekalkan keazaman ingin menjadi usahawan berjaya, gadis itu meneruskan perjuangan hidup walaupun hatinya sepi. Saat itu muncul lelaki yang tidak disangka-sangka meluahkan kata cinta. Antara mencintai dan dicintai, Dilaila perlu membuat pilihan terbaik demi kebahagiaan dirinya. Dia hanya mahu mencari cinta suci yang tidak pernah dikhianati.

Semerah Inai Di Jari

Semerah Inai Di Jari
Author: Mila Yusof
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 600
Release: 2011
Genre: Fiction
ISBN: 9831247183

Sudah setahun Izzati dan Faiz saling mengenali. Tetapi hubungan mereka adalah antara seorang ketua dan anak buahnya. Malangnya Faiz telah menempah bala! Dek kerana dia gagal melakukan yang terbaik dalam tugasnya, Izzati pula yang diherdik pengarah syarikat. Kerana rasa malu dan marah pada anak buahnya, wanita itu jadi walang. Dia membawa diri kerana rajuk. Faiz yang mahu memohon maaf segera mengejar kereta si bunga untuk memujuk. Tanpa diduga, motosikal yang ditunggangnya dilanggar oleh wanita itu. Si kumbang berpura-pura sakit yang teramat. Minta dihantar segera bertemu keluarga di kampung halamannya. Setiba di sana, terserlah sisi lain peribadi masing-masing hingga hubungan mereka menjadi lebih bermakna. Bermula dari detik itu, rasa bersalah Izzati membuatkan dia jatuh sayang pada Faiz. Begitu juga jejaka itu. Cinta mereka terlalu agung. Namun, jalan yang dilalui tidak pernah lurus. Ada saja yang merintangi haluan. Sedangkan Izzati sudah memasang angan-angan menanti saat inai memerah di jarinya.

Sayang Awak, Tuan Inspektor

Sayang Awak, Tuan Inspektor
Author: JULIA BASRI
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 358
Release: 2016
Genre:
ISBN: 9678606771

Tall, Dark, Handsome. Gadis mana yang tak cair tatkala melihat kelibat Inspektor Idaman Malaya a.k.a Tuan Inspektor Arish Aqlan bin Afzan? Namun, sikap cerewet tak bertempatnya menguji kesabaran. Hanya seorang sahaja yang mampu bertahan dengan perangai cengcongnya iaitu Melina binti Kamil @ Mel, pembantu peribadinya yang paling setia. Sikap Arish membuatkan walid dan maminya pening kepala. Maka, kata putus terus diberi. Cari bakal isteri secepat mungkin atau mereka sendiri yang akan memilih bakal teman hidup Arish. Lantas, Arish terus melamar Mel menjadi isterinya. Namun belum sempat bingkisan kasih mereka bertaut, kisah silam yang selama ini kukuh tersemadi terbongkar. Tambah mengeruhkan keadaan, muncul pula Qisya yang mengaku dirinya pewaris keturunan Miriam Magellan yang mahu menagih semula janji-janji lampau Panglima Awang, moyang Arish.

KAU MARAH AKU SUKA

KAU MARAH AKU SUKA
Author: FATIN NABILA
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 738
Release: 2013
Genre: Fiction
ISBN: 9831248716

Dian Qarmila dan Iskandar memang tidak serasi. Iskandar seolah-olah cili padi pada Dian. Bertembung saja dengan Iskandar, dia akan kepedasan. Pedihnya yang meresap hingga ke ulu hatin. Bencinya Dian pada ‘Encik Beruang’ yang penuh berlagak itu. Perang mulut antara mereka tidak pernah putus. Namun, ada suatu rasa di hati Iskandar. Makin Dian marah, makin dia suka. Malah makin merindu pula. Inikah dinamakan cinta? Opps… mana boleh? ‘Cik Singa’ ini mana kenal erti cinta. Lagi haru kalau dia meluahkan perasaan itu. Apa-apa pun dia perlu juga menyatakan hasrat hati kepada gadis itu. Dia perlu melamar Dian. Mana tahu selepas berkahwin nanti, Dian akan jadi lembut. Sebenarnya, dalam diam Dian turut merindui lelaki itu. Ah, takut berterus terang! Anehnya, mengapa Iskandar kian bertandang di ingatan? Siapa yang gila sebetulnya? Lama juga dia hendak memberi jawapan. Tekadnya mahu kahwin tanpa cinta. Padanya, itu lebih baik dan penuh berkat. "Abang ni kiranya macam TNB, ya?" "TNB di hati Dian Qarmila."

Benci Itu Rindu

Benci Itu Rindu
Author: Angela Ungkuan
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 613
Release: 2014
Genre: Fiction
ISBN: 9831249127

Mariah gadis kampung yang tabah dan cekal menghadapi liku-liku kehidupan. Dia ditakdirkan lahir dalam keluarga yang serba kekurangan. Demi kasihnya terhadap keluarga, Mariah sanggup berkorban waima terpaksa melupakan cita-citanya. Sesungguhnya, takdir itu tidak pernah teramal. Nasib hidup Mariah berubah tanpa terduga apabila ditakdirkan bertemu jodoh dengan Azizan. Sangkanya panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Tatkala mengetahui Azizan berkahwin dengannya atas dasar ingin membalas dendam, hancur lebur sekeping hati Mariah. Parah luka hatinya bila harga diri jadi sendaan. Mahligai indah impiannya bergoncang, retak seribu ditiup ribut kekecewaan. Dendam Azizan akhirnya bertukar cinta. Dilupakan kisah masa lalu setelah menyedari hatinya sudah terpaut. Mariah cinta pertamanya. Sungguh hati lelakinya diburu kekesalan berpanjangan. Sukarnya meleburkan sekeping hati Mariah yang sudah membeku. Mampukah dia merawat kelukaan Mariah? Dapatkah Azizan mencantumkan semula keretakan mahligai cinta mereka?