Mainlah dengan Saya/Jangan Ganggu Saya

Mainlah dengan Saya/Jangan Ganggu Saya
Author: David James Sheen
Publisher: Pelangi ePublishing Sdn Bhd
Total Pages: 34
Release: 2012-12-01
Genre: Education
ISBN: 9674311599

Perasaan seseorang berubah dari semasa ke semasa. Perasaan gembira seseorang membuatkan harinya terukir dengan senyuman dan ketawa. Namun, tiada senyuman yang terukir apabila seseorang berada dalam kesedihan. Bagaimanakah perasaan kamu sekarang?

Author: Mohd Razali Kamarudin
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 200
Release:
Genre:
ISBN: 9831247590

"Hanya beberapa bulan sahaja lagi saya nak ambil exam UPSR. Sempat ke saya nak studi dalam masa-masa terdekat ni? Padahal saya belum mengulangkaji sepenuhnya. Apa nak buat ni?" Masalah seperti ini kerap dihadapi oleh kebanyakan pelajar apabila tiba musim peperiksaan. Percaya atau tidak, sebenarnya setiap pelajar mampu mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan jika mereka mengamalkan teknik dan strategi belajar yang betul. Inilah kunci kejayaan pelajar yang memperolehi keputusan yang cemerlang. Buku SKOR 5A UPSR akan mendedahkan teknik belajar berkesan yang boleh diikuti. Tip-tip belajar di dalamnya bukan sahaja boleh digunakan ketika menghadapi peperiksaan UPSR, malah apa jua peperiksaan yang akan ditempuhi sepanjang bergelar pelajar. Insya-ALLAH… keputusan cemerlang pasti dapat dicapai.

Realiti Kasih

Realiti Kasih
Author: Qursiah Hanum
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 368
Release: 2010
Genre: Fiction
ISBN: 9831245253

RASA kesal dan kecewa menghantui benak Siti Nurzihan. Antara kasih dan rindu silih berganti. Dia sayangkan sekolah itu tetapi tidak sekata dengan peneraju atasannya. Dirinya ibarat pemain catur yang hilang tumpuan. Percaturan harus diteruskan meskipun terpaksa mengorbankan satu atau dua bidak yang berada di barisan hadapan.

Cinta Marissa

Cinta Marissa
Author: Kreisya Reisya
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 304
Release: 2002
Genre: Malay fiction
ISBN: 983124088X

Marissa meninggalkan keluarganya setelah putus cinta. Dari seorang gadis yang lembut dan penyayang, Marissa berubah menjadi kasar, degil dan pemarah. Pelbagai kisah suka dan duka menimpanya.

Aku di hatimu

Aku di hatimu
Author: H. M. Tuah Iskandar
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 589
Release: 2007
Genre: Malay fiction
ISBN: 9831242874

Kuutus Rindu

Kuutus Rindu
Author: Intan Arnida
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 483
Release: 2008
Genre: Malay fiction
ISBN: 9831243544

KARISSA LISA diceraikan kerana cuba menduakan suaminya. Hidupnya semakin tertekan apabila bekas suami menafikan hak penjagaan dua orang puteri kembar mereka, Puteri Qayrina dan Puteri Qistina. Pertemuan dengan Tommy Yadees memberikan keyakinan kepada Karissa. Lelaki itulah pembangkit semangatnya, juga merawat kepedihan hidupnya selama ini. Dia sedar kini, kebahagiaan bukan boleh dibeli dengan harta kemewahan. Lantaran itu, Karissa kembali menjadi wanita yang 'digeruni'. Dendam kesumat terhadap seorang lelaki bernama suami memaksanya bertindak nekad. Lantas, bermulalah detik-detik penyamaran-nya yang penuh makna! Datuk Mukhris pula semakin resah. Satu rahsia yang telah terpendam sekian lama berjaya dibongkar oleh wanita yang pernah bertakhta di hatinya itu. Ternyata, Karissa bukan calang-calang wanita yang boleh diperbodohkan! Namun, wajarkah Karissa berdendam sebegitu rupa sehingga tergamak memerangkap ayah kepada anak-anak sendiri? Tercapaikah impian seorang ibu yang ingin membuktikan kasih sayang terhadap sang puteri atau mungkinkah segalanya itu akan hanya membuka pekung di dada dan mencalar maruah insan yang pernah dikasihi? Yang pasti ada hati yang terluka... ada jiwa yang menderita!

Hadirnya Cinta

Hadirnya Cinta
Author: Pitteriah Abdullah
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 390
Release: 2004
Genre: Kidnapping
ISBN: 9831241150

Yasmin Nadilla suka melancong. Kali ini Pulau Santubong, Pulau Sejinjang menjadi destinasinya. Namun malang tidak berbau, Yasmin Nadilla telah diculik bersama seorang anak hartawan bernama Daniel Ezairy. Sejak menjadi tahanan, Daniel Ezairy sudah mula tertarik dengan Yasmin Nadilla walaupun dia sudah ada kekasih bernama Sharifah Mastura. Yasmin Nadilla tidak memboleh menerima cinta Daniel Ezairy kerana dia sudah bertunang dengan Amran. Pelbagai cara dilakukan untum menarik perhatian Yasmin Nadilla. Namun semuanya gagal. Yasmin Nadilla sedikit pun tidak ambil kisah tentang perasaan Daniel Ezairy. Dia betul-betul setia dengan tunannya dan tidak mungkin akan berpaling tadah.

Cinta Top Secret

Cinta Top Secret
Author: Laila Kamilia
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 512
Release: 2014
Genre: Malay fiction
ISBN: 9831249569

Pengembaraan Jade dan Zed, dua orang perisik Agensi Perisikan Global (APG) merentasi London, Kuala Lumpur, Seoul, Hong Kong, Brussels, Bali dan Tanjong Malim. Misi mereka mahu menjejaki Mr. X yang memiliki mikrofilem TOP SECRET, mengandungi maklumat jenayah antarabangsa yang menjadi rebutan pelbagai pihak. Tugas mereka melindungi keselamatan seorang gadis kampung bernama Maryam Eisya, anak Mr. X. Namun antara misi dan perasaan, hati mereka tewas dek keayuan dan kelembutan gadis itu. Perasaan mereka tergugah walaupun mereka cuba bersikap profesional.

Ruang Rindu

Ruang Rindu
Author: Rozita Abd Wahab
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 520
Release: 2010
Genre: Malay fiction
ISBN: 9831245148

Suatu hari, Camelia telah dihantar berkursus di Johor Bahru. Tanpa diduga dia bertemu Halil bersama perempuan lain yang mengaku sebagai tunangnya. Pertemuan itu menggembirakan hati Camelia kerana dia telah mempunyai alasan yang kukuh untuk memutuskan pertunangan mereka. Halil berasa kesal apabila pertunangan mereka diputuskan. Dia nekad untuk membuang perangai playboynya dan memikat hati Camelia semula kerana gadis itu telah terpahat di ruang hatinya. Namun, kemunculan Tuan Amir yang diperkenalkan oleh Camelia sebagai teman lelakinya menghancurkan hati Halil. Berjayakah Halil membuka pintu hati Camelia untuknya atau dia terpaksa berputih mata melihat Camelia bersanding dengan Tuan Amir?

OH, MAMA TIRIKU!

OH, MAMA TIRIKU!
Author: HERNA DIANA
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 556
Release: 2013
Genre: Malaysian fiction (Malay)
ISBN: 9831248228

DR. RAZIF masih sukar untuk melupakan arwah Suhaila walaupun sudah empat tahun isterinya pergi. "Tempat Suhaila tiada siapa yang dapat menggantikannya." Iman melancarkan satu misi. Misi mencari jodoh buat Dr. Razif! Diperkenalkan Zulaikha yang berbudi pekerti dan cantik paras rupa kepada abangnya itu. Bagi Dr. Razif, dia macam tak masuk dengan gadis itu. Hidup Dr. Razif dan anak-anak jadi huru-hara apabila bertemu dengan Ekin. Apatah lagi Ekin yang menjaga Rayyan dan Ain. Ada sahaja yang mereka gaduhkan. Si Ekin ni dengan budak-budak pun nak berkira. Masing-masing sengaja cari pasal. Makin naik angin Ekin apabila kedua-dua budak yang dipanggil toyol kecik itu memanggilnya witch! Zulaikha atau Ekin? Dalam mengharungi kehidupan yang tidak seia dan tidak sekata, tanpa sedar ada rasa yang memikat hati Dr. Razif.