Kau Yang Satu

Kau Yang Satu
Author: Nia Azalea
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 424
Release: 2002
Genre: Malay fiction
ISBN: 9831240774

Bot milik peribadi Datok Mustaza telah karam dipukul ombak sewaktu dia keluar memancing di Laut Cjina Selatan. Nasibnya baik, dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman. Datuk Mustaza terhutang budi dengan Mustaza dan ingin menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina anak Sulaiman. Taufik tidak setuju denagn cadangan papanya kerana dia telah mempunyai kekasih bernama Isabella, model terkenal tanahair. Manakala Salina pula telah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung. Namun segala impian mereka tidak tercapai. Masing-masing terpaksa akur dengan pilihan orang tua. Taufik menuduh papanya kolot kerana masih terikut-ikut cara orang lama mencari jodoh. Salina pula terpaksa putus dengan Zulkifli. Bahagiakah perkahwinan Taufik dan Salina? Dapatkah mereka melayari bahtera bersama?

Kau Untukku

Kau Untukku
Author: Aisya Sofea
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 518
Release: 2001
Genre: Love stories, Malay
ISBN: 9831240618

Pertama kali bertemu Nurul Umairah, hati Ahmad Fuad sudah terpaut. Biarpun gadis itu sudah dimiliki, namun perasaannya tidak pernah berubah walaupun terpaksa menyembunyikan rahsia hatinya dalam-dalam. Bila Jefri, tunang Nurul terkorban dalam kemalangan, Fuad menawarkan kasihnya. Nurul menolak kerana tidak mungkin dia mengalih perasaan pada lelaki lain dalam sekelip mata sahaja. Kebijaksanaan Fuad akhirnya meruntun tembok yang dibina Nurul. Dia akhirnya menerima Fuad tanpa mengetahui rupa-rupanya ada gadis lain sedang menagih kasih lelaki itu semula. Apakah Fuad akan menyambung semula kasihnya bersama gadis yang tiba-tiba muncul kembali di antara mereka? Mampukah Nurul Umairah sekali lagi kecewa biarpun lelaki itulah yang memulakan percintaan mereka.

Hei... Aku Kenal Cinta

Hei... Aku Kenal Cinta
Author: Xeera Feeqa
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 528
Release: 2012
Genre: Fiction
ISBN: 9831248031

Berani sungguh Arianna memutuskan hubungan cinta dengan Ashriq. Memang cari pasal! Ashriq pantang kalau dipersendakan. Dia mahu mengajar Arianna sehingga gadis itu melutut dan memohon maaf padanya. Untuk menjayakan rencana itu, dia harus mencari seorang gadis yang boleh berlakon menjadi kekasihnya. Dia tahu siapa yang boleh menggalas tugas itu. Ellisa! Terkejut Ellisa diterjah Ashriq, lelaki yang baginya perasan bagus disebabkan kepopularannya di kampus. Menyampah! Tetapi tawaran lelaki itu sungguh mengujakan. Jika dia terima watak sebagai ‘kekasih’ Ashriq, Ashriq memberi jaminan bahawa bandnya dapat menyertai pertandingan Battle of the Band hingga ke peringkat akhir. Wah, benar-benar hebat! Tetapi bolehkah dia bertahan dengan Ashriq? Lebih banyak keburukan yang akan dihadapinya berbanding kebaikan. Sudah pasti dia menjadi bahan gosip dan bakal berdepan dengan ‘mean girl’ terbesar kampus - Arianna. Teruk tekanannya.

Cinta Kuasa Tinggi

Cinta Kuasa Tinggi
Author: Azleya Shadzalin
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 709
Release: 2014
Genre: Malay fiction
ISBN: 9831249151

Que bekerja sebagai penghantar surat. Dia sangat komited dengan kerjanya walaupun dia berpelajaran tinggi. El, bosnya sangat tegas dan suka memaksa. Que sangat bengang. Rupa-rupanya dalam diam, El suka pada Que. Dia suka tengok Que marah dan berbalas kata dengannya. Cuma satu sikap Que yang paling El tidak suka. Que kaki motor dan ada Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi. Akhirnya, mereka berkahwin juga. Akibat dua-dua keras kepala dan ego, mereka berpisah tanpa lafaz. Lima tahun Que hidup di Jepun. Selama itu, dia membesarkan anaknya sendiri. Selama itu juga El mencari. Akhirnya, selepas penat bermain dengan takdir, pertemuan terjadi semula. Kekusutan terlerai dan mereka gembira akhirnya.

Cinta Akan Indah

Cinta Akan Indah
Author: Rini Syanira
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 512
Release: 2011
Genre: Malay fiction
ISBN: 983124611X

Anis bukan Lina. Mereka cuma kembar seiras, tetapi berlainan perwatakan. Kerana sebuah peristiwa pahit, Anis koma. Kala sedar, dia mengakui bahawa dia adalah Lina. Kerana tidak mahu melihat Anis menderita menanggung kesakitan, keluarga mereka terpaksa membenarkannya menggunakan identiti Lina. Dengan pengenalan sebagai Lina, Anis meneruskan pelajaran di universiti. Di sana, cintanya terhadap Irsyad berputik. Malangnya, Anis koma semula. Apabila sedar, dia tidak ingat segala yang terjadi sepanjang menjadi Lina. Lebih memilukan, saat Anis pulih... Lina pula pergi buat selama-lamanya. Irsyad menyangkakan bahawa kekasihnya yang meninggal dunia. Hati yang pilu dibawa pergi. Namun, takdir menemukan mereka kembali. Dalam keadaan Anis masih kabur akan dirinya, Irsyad terpaksa menerima gadis yang hendak dijodohkan dengannya walaupun dia tidak pernah melupakan arwah Lina.

Tak Mungkin Dia

Tak Mungkin Dia
Author: Rania Firdaus
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 528
Release: 2011
Genre: Love stories, Malay
ISBN: 9831247329

Erina Jelita Putri, gadis biasa yang tidak punya apa-apa kecuali keluarga yang sentiasa mencurahkan kasih sayang kepadanya. Mengenali Azfar menjadi titik tolak permulaan hubungannya untuk mengenali insan bernama lelaki. Lantaran itu, hubungan mereka menjadi lebih akrab. Namun, sesuatu yang tidak pernah diduga merenggut kebahagiaannya. Kematian Azfar mengubah Erina menjadi seorang yang suka menyendiri. Keprihatinan ahli keluarga sempat membawanya kembali menjadi seorang gadis yang ceria. Ketiadaan Azfar dapat diterimanya. Dia meneruskan hidup seperti biasa sehinggalah Izhar hadir di dalam hidupnya. Hubungan mereka memutikkan bunga-bunga kemesraan sehinggalah Izhar berani menawarkan cintanya kepada Erina. Kemunculan seorang pemuda persis Azfar telah mengelirukan fikiran gadis itu. Tidak mungkin pemuda yang dikenali sebagai Azrul itu Azfar. Sudah bertahun dia menerima hakikat bahawa Azfar sudah mati. Mengapa dia muncul? Aduh, sakit kepala dibuatnya! Konspirasi apa yang sedang mereka mainkan ini? Dia harus mematangkan dirinya. Dia harus mencari jawapan siapa Azrul dan Azfar sebenarnya.

Percaya Ada Cinta

Percaya Ada Cinta
Author: Ryana Adrina
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 480
Release: 2010
Genre: Malay fiction
ISBN: 983124513X

BERADA di dalam lingkung an keluarga sendiri, terasa diri bagaikan orang asing. Sejak kecil, jiwa Wafi ya men derita. Diri seolah dinafi kan hak sebagai anak kandung apabila ibu bapa sendiri menyayangi orang luar melebihi dirinya sendiri. Entah apa silapnya hingga dia terpaksa membayar harga yang mahal demi meraih sebuah kebahagiaan. Dia didesak berkahwin dengan Arsyad, teman lelaki sepupunya. Walaupun berat hati, dipaksa juga diri menerima pinangan tersebut. Dia yakin, Arsyad tidak mencintainya, malah pasti bahtera rumah tangga mereka tidak akan ke mana-mana! Ternyata alam rumah tangga merubah segalanya. Dalam marah dan dendam, masing-masing saling mencuit hati, mengusik rasa.

Ilusi Hati

Ilusi Hati
Author: Haiza Najwa
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 550
Release: 2010
Genre: Malay fiction
ISBN: 9831245229

TULISAN takdir ada kala terlalu kejam suratannya. Jasmine terlantar koma setelah terbabit dalam nahas jalan raya. Kereta yang dipandu merempuh sebuah kereta lain. Akibatnya, pemandu itu juga koma sepertinya. Sesuatu yang ghaib terjadi... Dalam keadaan di bawah sedar, Jasmine ber bicara dengan bayangan seseorang. Mereka saling bertelepati memberi ucapan semangat demi mendepani dugaan hebat itu. Hingga menyusup naluri rindu meresapi hati masing-masing. Lalu, tercipta ikrar untuk bertemu sesudah sedar daripada koma. Jasmine tidak memungkiri janji. Dicari jejaka yang kini muncul pula dalam lenanya. Tanpa diketahui bahawa bayang-bayang itu sebenarnya pemandu yang dirempuh hingga koma, yang diseru sebagai Joshua. Kala bertemu, Joshua sudah menjadi milik wanita lain... sahabatnya sendiri. Seluruh jiwanya luluh.

Kubawa Hati Ini

Kubawa Hati Ini
Author: Elis Mokhtar
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 464
Release: 2011
Genre: Fiction
ISBN: 9831246462

SEMEMANGNYA bukan mudah untuk mendirikan mahligai impian, apatah lagi untuk memanjangkan usia kerukunannya. Walaupun kita sering dihadapkan dengan pelbagai pilihan, namun kita tetap tersalah pilih. Tidak semestinya lelaki yang kita cintai mampu membahagiakan. Perkahwinan antara dua benua, berbeza bangsa, adat dan agama benar-benar mencabar kesabarannya. Namun demi sebuah cinta yang diagung-agungkan, dia rela terima segala dugaan dengan tabah. Perkampungan permai ini harus dipertahankan kedamaiannya! Tetapi, setelah begitu lama hidup bersama... mengapa diri ini mula goyah? Hati mula menjadi tawar dan rasa cinta hilang entah ke mana. Hinggalah satu malam, dia nekad membuat keputusan. Semua ini harus ditinggalkan. Dia ingin terbang bebas bak camar, pergi... tanpa perlu menoleh lagi. “Ya ALLAH... berdosakah aku? Benarkah apa yang telah aku putuskan ini? Atau, siapakah yang selayaknya berada di hati?”

Ungu Karmila

Ungu Karmila
Author: Ramlee Awang Murshid
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 655
Release: 2008
Genre: Malay fiction
ISBN: 9831243498

ATAS nama cinta... mahligai impian itu dibina. Vila Sepi menjadi mahar kasih Arif terhadap isterinya, Karmila. Namun, tragedi dahsyat memusnahkan kegembiraan yang dikecapi. Beberapa tahun berlalu... vila yang ditinggalkan dikatakan berhantu. Jikon, seorang pemuda Orang Asli bagai digamit memasuki vila itu. Akhirnya, dia menjadi korban pertama. Setelah itu, mistik di vila itu tiba-tiba sepi. Masyarakat Orang Asli percaya ‘sesuatu’ yang berada di situ sedang ‘tidur’. Tiada siapa berani mengusik. Jika ia ‘terbangun’, maka pembunuhan pasti terjadi lagi. Ema, seorang wanita masyarakat Orang Asli yang berpendidikan, secara diam-diam berusaha meneroka vila yang menjadi lambang cinta Arif dan Karmila itu. Secara tidak sengaja, dia telah ‘membangunkan sesuatu’ di dalam vila berkenaan. Arafat, abang Arif telah menugaskan beberapa orang yang dipercayai untuk membongkar misteri pembunuhan itu. Namun, satu kuasa jahat telah memburu mereka sehingga mengancam nyawa. Tragedi silam berulang kembali! RAMLEE AWANG MURSHID, sekali lagi meneroka alam mistik di sebalik saspens UNGU KARMILA. Mereka yang `jahat’ sahaja dapat mengalami rahsia di sebalik kisah berdarah di Vila Sepi... hingga tidak sanggup lagi untuk berbuat dosa!