KAHWIN DENGAN SAYA

KAHWIN DENGAN SAYA
Author: ALEYA ANEESA
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 824
Release: 2014
Genre: Malay fiction
ISBN: 9831249402

Ringkas dan mudah! Itu jati diri Umair Haq. Tapi bila masuk bab pilih calon isteri, dia cerewet. Calon umi, dia tak mahu. Yang suka menghimpit, dia tak ingin. Skema, dia tak sudi. Kalau bersolek macam pelakon Opera Cina, dia alergi. Pakai baju ketat dan singkat, sah-sah dia tolak. Haq mencari isteri dan ibu buat Irham Firdaus. Bukannya sarung nangka, jauh sekali model pakaian berjenama. Apatah lagi si seksi yang membuatkan lelaki hidung belang melopong mulut. Namun pertama kali bertemu Qara Nisa, ada lagu cinta merdu di hatinya. Dimandikan air tembikai pun dia tetap senyum. Lebih parah, yang disentuh Qara itu Irham, yang terasa seperti terkena litar pintas, dia. Sedangkan bagi Qara, cinta itu hilang magis bila dirinya ditolak kerana harta. Lantas, lamaran Haq yang datang tak kena masa, ditolak selamba. Haq itu tipikal lelaki menjengkelkan dalam tenang.

#KATERERCINTA

#KATERERCINTA
Author: NURUL SHAHIDA
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 237
Release: 2019-06-05
Genre: Fiction
ISBN: 9678609207

Pada usia 22 tahun, Maira mengahwini lelaki yang dicintainya sejak dia berusia 16 tahun. Demi cinta dan rasa sayang, dia korbankan kerjaya dan hidupnya, demi menjaga ibu mertuanya Puan Nas yang sakit dan menjadi isteri yang setia pada Annasbakal seorang doktor. Namun, beberapa minit sebelum dia menyambut hari jadinya yang ke-23, Maira bergelar janda. Selama lapan tahun dia berusaha untuk membina semula hidupnya dan memperbaharui matlamat hidupnya dengan mengejar kerjaya yang cemerlang dalam bidang katering. Pengalaman masa lalu dilupakan dan dia fokus sepenuhnya pada perniagaan yang semakin berkembang. Tetapi bila klien terbaharunya adalah bekas suaminya sendiri, yang kini bakal mengahwini seorang wanita yang serba-serbinya lebih daripada Maira, Maira harus membuat pilihan. Sama ada dia melarikan diri daripada kesakitan yang sudah lama dipendam atau berdepan dengan masa lalu yang kembali menghantui dirinya. “Saya dah lama belajar untuk terima kenyataan tu. Kalau Encik Annas tak balik ke Malaysia pun, saya dah ajar hati saya untuk terima yang Encik Annas takkan patah balik untuk saya. Talak tiga Encik Annas tu dah membuktikannya pun,” ~Maira “Abang appreciate sangat the fact that you ada dengan abang dan abang appreciate sangat yang you kekal dengan abang through all this. And I will always remember how good you have been to me,” ~Annas Menarik tentang novel ini: Sebuah karya yang sangat santai oleh novelis prolifik Nurul Syahida. Penggunaan gaya bahasa yang mudah dan santai pasti akan menjadikan pembaca tertarik untuk membaca karya ini sehingga habis. Kisah seorang gadis yang berkahwin di usia yang agak muda dan bagaimana dia mengharungi kehidupan sebagai seorang suri rumah sepenuh masa dan menjaga ibu mentuanya yang menghidap penyakit kanser tahap 4. Walau bagaimanapun, suaminya yang telah berjanji ingin menjaganya dengan baik, secara tiba-tiba telah melafazkan cerai talak tiga kepadanya dan menyebabkan dia mengalami kemurungan. Dia cuba bangkit dengan bantuan seorang rakan baiknya dan akhirnya berjaya menjadi seorang katerer yang terkenal dan berjaya. Elemen persahabatan dan jati diri yang tinggi telah diterapkan di dalam karya ini pasti membuatkan pembaca tidak sabar ingin mengetahui kisah hidup Maira. Dan elemen percintaan yang santai membuatkan karya ini lebih dekat di hati pembaca.

Kahwin Tiga Kali

Kahwin Tiga Kali
Author: Rasya Elyna
Publisher: Buku Prima
Total Pages: 416
Release: 2015
Genre: Malay fiction
ISBN: 9674460381

KALAU dah jodoh, tak ke mana. Ikan di laut, asam di darat, di dalam periuk bertemu jua. Begitulah diibaratkan dengan Farizan Natasha yang bertemu jodoh dengan Tengku Azman setelah kecewa diceraikan Shah Iskandar, suami tercinta. Namun disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Dia diduga untuk kali kedua. Tengku Azman pergi meninggalkan Farizan Natasha bersama Engku Nisha dan kandungan yang semakin membesar. Shah Iskandar pula mula menyesali kesilapan diri dan ingin menagih kasihnya kembali. Darwish, lelaki yang dikenali hampir 25 tahun dahulu, pernah menjadi lelaki yang dicintai Farizan Natasha. Mereka berdua terpisah oleh peredaran masa. Di Terengganu, mereka berdua kembali bertemu. Siapakah yang akan memiliki cinta dan membahagiakan Farizan Natasha dan anak-anaknya? “Buat masa ni, Sha tahulah abang sayangkan Sha. Tapi esok lusa manalah tahu kan kut-kut abang dah jumpa bidadari, terus tinggalkan Sha. Abang, Sha sayangkan abang dengan sepenuh hati. Janji dengan Sha yang abang takkan tinggalkan Sha ya.” - Farizan Natasha. “Bila abang pandang wajah dia, abang terbayangkan Sha dan bila abang pandang wajah Sha, abang terbayangkan dia. Abang amat mencintai kedua-duanya, Sha.” – Shah Iskandar. “Idea yang bagus tu. Kita ikut sunah nabi, perempuan pinang lelaki. I like!” - Tengku Azman. “Maksud abang, kalau nanti kita bertemu semula dan kalau-kalau masa tu kita berdua belum kahwin, kita berdua kahwin ajelah.” - Darwish.

Love You Forever

Love You Forever
Author: NIA REIYA
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 382
Release:
Genre:
ISBN: 9678607263

Aku tak pernah rasa bahagia dalam hidupku. Aku berharap ibu dapat menerimaku sebagai anaknya. Aku juga berharap dapat meraih cinta suamiku. Tetapi... sanggup abang? Kenapa selalu buat Farah begini? Abang pentingkan perempuan lain daripada isteri abang sendiri. Farah cintakan abang dan akan tunggu abang sampai bila-bila. – FARAH ALWANI Perempuan tak guna. Kalau ibu kau sendiri tak terima kau sebagai anak, jangan haraplah aku nak terima kau sebagai isteri aku. Aku hanya cintakan Amalina. Aku tak boleh hidup dengan perempuan yang aku tak cinta. Berambus kau dari hidup aku! – QALIFF FAKHRUL Akhirnya aku berjaya juga menghapuskan perempuan itu dalam hidup Rul. Rul hanya untuk aku. Harta dia kepunyaan aku. Aku sanggup buat apa saja untuk menghapuskan orang yang jadi penghalang cintaku. Aku tak sanggup kehilangan Rul. – WAN AMALINA Hidup aku musnah. Masa depan aku menjadi gelap. Aku benci kau, Farah. Aku benci kau! Sampai bila-bila pun aku takkan terima kau sebagai darah daging aku. Disebabkan kaulah maruah aku tercalar. Aku benci kau! – KALSOM

My Sweet Tom Girl

My Sweet Tom Girl
Author: Zulfati Hanis
Publisher: Buku Prima
Total Pages: 454
Release: 2016
Genre:
ISBN: 9674462279

'Kusandarkan hati ini untukmu buat selamanya.' Menyamar dengan tujuan untuk mendekati seseorang adalah misi utama kepulangan Fatimah Dhaniyah ke tanah air setelah lama berada di Boston. Untuk menjayakan penyamaran ini, dia sanggup bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Ahmad Uwais, seorang bos yang hanya membenarkan kereta dipandu tidak melebihi kelajuan 80km/j. Bekerja dengan Ahmad Uwais bukan sesuatu yang mudah. Perkenalan mereka pada mulanya tidak berjalan lancar. Mereka saling mengenakan antara satu sama lain. Namun, tanpa disedari mereka, dalam hati masing-masing mula bercambah bibit-bibit cinta.

Hadirnya Cinta

Hadirnya Cinta
Author: Pitteriah Abdullah
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 390
Release: 2004
Genre: Kidnapping
ISBN: 9831241150

Yasmin Nadilla suka melancong. Kali ini Pulau Santubong, Pulau Sejinjang menjadi destinasinya. Namun malang tidak berbau, Yasmin Nadilla telah diculik bersama seorang anak hartawan bernama Daniel Ezairy. Sejak menjadi tahanan, Daniel Ezairy sudah mula tertarik dengan Yasmin Nadilla walaupun dia sudah ada kekasih bernama Sharifah Mastura. Yasmin Nadilla tidak memboleh menerima cinta Daniel Ezairy kerana dia sudah bertunang dengan Amran. Pelbagai cara dilakukan untum menarik perhatian Yasmin Nadilla. Namun semuanya gagal. Yasmin Nadilla sedikit pun tidak ambil kisah tentang perasaan Daniel Ezairy. Dia betul-betul setia dengan tunannya dan tidak mungkin akan berpaling tadah.

Cintaku Bukan Murah

Cintaku Bukan Murah
Author: Aleya Aneesa
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 678
Release: 2013
Genre: Domestic fiction
ISBN: 9831248805

Bagi Nadra, jadi isteri Raqib tidaklah sesusah mana. Tak perlu dilayan macam putera raja. Makan disuap tidur didodoi pun tidak. Pendek kata, Raqib memang suami yang sempoi. Yang sukarnya bila jadi cucu menantu bekas Leftenan Kolonel Tuan Haji Yunus. Tak habis-habis mengungkit, kononnya, dia tak pandai buat air kopi. Badannya macam papan lapis dan muka pula pucat tak berdarah. Sabar sajalah... Dan yang lebih payah, bila jadi kakak ipar Idlan. Umur baru 16 tahun, kerenahnya sangat menyakitkan hati. Sungguh, Nadra buntu! Apa lagi yang tak kena dengan Idlan? Maka berperang psikologilah antara kakak ipar dan adik ipar. Kejap-kejap hati Nadra dilapah Idlan. Kejap-kejap, hati Idlan pula yang dicelur. Si datuk, sesekali jadi nasi tambah. Namun perang mereka, perang mulut. Tak ada senjata, tak ada yang cedera tapi bisanya tetap tusuk sampai ke hati. Soalnya, siapa yang menang? Nadra, Idlan atau Tuan Haji Yunus? Dan Raqib... harus berpihak pada siapa? Bagi Nadra, dia tidak meminta yang lain. Hanya secebis kasih Idlan dan simpati Tuan Haji Yunus yang sangat mahal, sama macam harga cinta Raqib. Sama ada murah atau mahal, Nadra harap cinta itu jadi miliknya!

Ruang Rindu

Ruang Rindu
Author: Rozita Abd Wahab
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 520
Release: 2010
Genre: Malay fiction
ISBN: 9831245148

Suatu hari, Camelia telah dihantar berkursus di Johor Bahru. Tanpa diduga dia bertemu Halil bersama perempuan lain yang mengaku sebagai tunangnya. Pertemuan itu menggembirakan hati Camelia kerana dia telah mempunyai alasan yang kukuh untuk memutuskan pertunangan mereka. Halil berasa kesal apabila pertunangan mereka diputuskan. Dia nekad untuk membuang perangai playboynya dan memikat hati Camelia semula kerana gadis itu telah terpahat di ruang hatinya. Namun, kemunculan Tuan Amir yang diperkenalkan oleh Camelia sebagai teman lelakinya menghancurkan hati Halil. Berjayakah Halil membuka pintu hati Camelia untuknya atau dia terpaksa berputih mata melihat Camelia bersanding dengan Tuan Amir?

Andai Kau Jodohku

Andai Kau Jodohku
Author: Liza Zahira
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 528
Release: 2010
Genre: Malay fiction
ISBN: 983124589X

RIANA Syuhada Adam, gadis wartawan yang begitu komited dengan kerja dan tidak suka berbicara soal jodoh. Hatinya sekeras kerikil hingga dia tidak mudah jatuh cinta. Namun jauh di sudut hati, dia masih menyimpan janji setia dengan teman sepermainan sewaktu kecilnya, Minul. Kepada lelaki itu sahajalah disandarkan harapan untuk menggapai bahagia. Hidupnya yang tenang, tiba-tiba menjadi kacau bila menjadi mangsa tipu muslihat dan kuasa mistik manusia bejat yang akhirnya menemukan dia dengan Danish Haiqal. Terlepas daripada saat getir dan selamat di sisi pemuda itu, membuatkan hati Riana tidak keruan. Danish berjaya meruntun hatinya. Malah, Danish turut menyimpan perasaan terhadapnya. Pertalian antara Danish dan Syed Aminul membuatkan keadaan semakin kusut! Danish dan Syed Aminul sebenarnya sepupu! Malah, Riana sendiri mendapat tahu bahawa Syed Aminul sudah pun berkahwin. Riana kecewa. Lelaki yang diharapkan untuk menggapai kebahagiaan tidak mungkin menjadi miliknya. Haruskah dia mendambakan cintanya pula itu kepada Danish, sedangkan Danish sudah berjanji akan menyatukannya dengan Syed Aminul? Sayangnya... Riana tidak tega bermadu!

Lelaki Itu Dia

Lelaki Itu Dia
Author: ALEYA ANEESA
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 447
Release: 2015
Genre: Malay fiction
ISBN: 9678605309

Berkali-kali pandang, hati tak terpaut. Makannya laju. Mandinya basah. Yang celaru, hanya tidurnya. Hilang lena bila kerap diganggu. “Saya nak abang. Saya doa mimpi kita sama. Sanding pakai baju pink.” Bila doa jadi nyata, Thaqif kalut. Shana yang entah turun dari planet mana itu, lambang haru-biru. Sekelip mata, dunianya yang serona, bagaikan berpelangi.