Biar Rindu Berlalu

Biar Rindu Berlalu
Author: Sharifah Abu Salem
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 412
Release: 2007
Genre: Love stories, Malay
ISBN: 9831243056

Tema kekeluargaan ini pasti menyentuh perasaan anda apabila janda dan duda menagih kasih sedangkan anak-anak tidak bersetuju jika mereka berkahwin. Janji Khalil dengan Samirah untuk membina istana bahagia, bagaikan sirna kerana permusuhan anak-anak. Fatiha tidak mahu kasih ibu diganti dengan kasih wanita lain kerana merasakan cinta wanita itu tidak seagung cinta ibunya. Nasrul juga tidak sanggup orang asing muncul dalam hidup ibunya. Masing-masing menafikan hak bahagia kedua-dua orang tua itu. Sengketa mereka berpanjangan, saling membenci dan melukakan.

Senafas Rindu

Senafas Rindu
Author: Damya Hanna
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 579
Release: 2008
Genre: Malay fiction
ISBN: 9831242963

Fariz amat mencintai Vivianna, gadis sekolejnya yang berbangsa Cina tetapi hubungan mereka terhalang oleh kedua-dua keluarga. Pada masa yang sama, Shafika yang pernah meninggalkan Fariz hadir untuk menagih cinta lelaki itu. Terjadilah pelbagai konflik yang mencetuskan perasaan dan hati. Marah, geram dan gembira bercampur baur. Antara Shafika, Vivianna dan Siti Nur Ain... Fariz hanya mampu memilih satu. Namun, akan ada hati yang pasti terluka dengan keputusannya. Dia sekadar berserah.

Yang Indah Hanya Mimpi

Yang Indah Hanya Mimpi
Author: Sharifah Abu Salem
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 912
Release: 2012
Genre: Malay fiction
ISBN: 9831248090

Razif dan Norjinah - waktu mencemburui kebahagiaan mereka. Konflik rumah tangga yang membadai tidak pernah surut. Razif kecewa, Norjinah ada lelaki lain. Adakah kerana dia sudah tua, maka Norjinah beralih kasih pada yang muda? Kalau begitu… dia pun mampu pasang dua! Retak seribu hati Norjinah dituduh curang oleh si suami. Kasihnya pada lelaki kedua hanya sekadar lakonan, sedangkan di hatinya cuma ada satu nama. Razif! Tapi mengapa Razif sanggup menduakannya? “Siapa yang cintakan Ji tak penting, bang. Siapa yang Ji cinta, itu yang penting.” Norseha dan Badrul – hidup mereka terus berantakan. Norseha benci dengan kelahiran Lukman. Jangankan mahu pegang, pandang pun tak sudi. Hiba hati Badrul melihat Lukman seperti yatim piatu disisih ibu sendiri. Pada Norseha, Lukman anak yang tidak dikehendaki. Berkali-kali dia minta diceraikan. Tapi, Badrul bukan dayus. Kesabarannya semata-mata kerana Lukman. “Aku sudah menghampakan dia hanya kerana mahu berkorban untuk Norseha. Sayangnya pengorbanan itu tidak mendapat penghargaan sewajarnya. Apakah aku akan lebih dihargai apabila memilih Sharifah Yasmin?”

Ruang Rindu

Ruang Rindu
Author: Rozita Abd Wahab
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 520
Release: 2010
Genre: Malay fiction
ISBN: 9831245148

Suatu hari, Camelia telah dihantar berkursus di Johor Bahru. Tanpa diduga dia bertemu Halil bersama perempuan lain yang mengaku sebagai tunangnya. Pertemuan itu menggembirakan hati Camelia kerana dia telah mempunyai alasan yang kukuh untuk memutuskan pertunangan mereka. Halil berasa kesal apabila pertunangan mereka diputuskan. Dia nekad untuk membuang perangai playboynya dan memikat hati Camelia semula kerana gadis itu telah terpahat di ruang hatinya. Namun, kemunculan Tuan Amir yang diperkenalkan oleh Camelia sebagai teman lelakinya menghancurkan hati Halil. Berjayakah Halil membuka pintu hati Camelia untuknya atau dia terpaksa berputih mata melihat Camelia bersanding dengan Tuan Amir?

Erti Rindu Ini

Erti Rindu Ini
Author: Zara Juita
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 614
Release: 2007
Genre: Love stories, Malay
ISBN: 9831242823

HARI ini Encik Rahim pulang lebih awal daripada biasa. Hati Yana diasak perasaan ingin tahu. Kenapa papa pulang awal dari tempat kerja hari ni? “Hai... bang. Awal benar balik hari ni? Abang tak sihat ke?” tegur Puan Zuraidah. Encik Rahim tersenyum sambil menggeleng. “Idah, mana anak-anak?” Dia bertanya kepada Puan Zuraidah. “Ada kat dalam bilik,” jawab Puan Zuraidah dengan wajah kehairanan. “Haa… Yana, pergi panggil along dengan Rita,” arah Encik Rahim apabila terpandang Yana. “Kenapa, papa? Ada hal mustahak ke?” tanya Yana pula. “Hai budak ni... Papa suruh panggil, panggil ajelah... Jangan banyak soal pulak.” Encik Rahim mula meninggikan suara terhadap Yana.

Ceritera Rindu

Ceritera Rindu
Author: Leeya Myra
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 494
Release: 2009
Genre: Malay fiction
ISBN: 9831244303

IMANINA membesar tidak seperti orang lain bila papa dan mamanya meninggal dunia dalam satu kemalangan yang tragis. ‘Seseorang’ yang dikenali telah menyebabkan kematian itu. Sejak itu dia berazam mahu membalas dendam. Trauma rasa kehilangan menyebabkan Imanina lebih suka menyendiri. Tapi, kemunculan Amin telah mengubat kesepiannya. Bagaimanapun sekeping gambar telah merungkai sejarah hitam yang merantai hidupnya selama ini. Dia dikejutkan hubungan Amin dengan ‘seseorang’ yang menyebabkan kematian ibu bapanya 13 tahun dahulu.

Benci Itu Rindu

Benci Itu Rindu
Author: Angela Ungkuan
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 613
Release: 2014
Genre: Fiction
ISBN: 9831249127

Mariah gadis kampung yang tabah dan cekal menghadapi liku-liku kehidupan. Dia ditakdirkan lahir dalam keluarga yang serba kekurangan. Demi kasihnya terhadap keluarga, Mariah sanggup berkorban waima terpaksa melupakan cita-citanya. Sesungguhnya, takdir itu tidak pernah teramal. Nasib hidup Mariah berubah tanpa terduga apabila ditakdirkan bertemu jodoh dengan Azizan. Sangkanya panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Tatkala mengetahui Azizan berkahwin dengannya atas dasar ingin membalas dendam, hancur lebur sekeping hati Mariah. Parah luka hatinya bila harga diri jadi sendaan. Mahligai indah impiannya bergoncang, retak seribu ditiup ribut kekecewaan. Dendam Azizan akhirnya bertukar cinta. Dilupakan kisah masa lalu setelah menyedari hatinya sudah terpaut. Mariah cinta pertamanya. Sungguh hati lelakinya diburu kekesalan berpanjangan. Sukarnya meleburkan sekeping hati Mariah yang sudah membeku. Mampukah dia merawat kelukaan Mariah? Dapatkah Azizan mencantumkan semula keretakan mahligai cinta mereka?

Dakapan Rindu

Dakapan Rindu
Author: Fatin Nabila
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 551
Release: 2006
Genre: Malay fiction
ISBN: 9831242610

Suraya, seindah nama, secantik pekertinya. Disisih, dicaci dan dihina, namun dia tetap tabah mengharungi dugaan. Ezahar, membuatkan kasih sayangnya tertumpah pada lelaki itu. baginya, Ezaharlah pengubat lara, penyembuh derita.

RINDU AWAK 200%

RINDU AWAK 200%
Author: LIYANA ZAHIM
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 575
Release: 2013
Genre: Malay fiction
ISBN: 9831248821

Zill Faezrul Iqbal - Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya. Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel. Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque! Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku sakat Jula Juli Bintang Tujuh?

Bersatu Dalam Rindu

Bersatu Dalam Rindu
Author: Amna Nazia
Publisher: Alaf 21
Total Pages: 616
Release: 2013
Genre: Fiction
ISBN: 9831248902

Camelia Haryani – Bukan duit ringgit yang menjadi pilihannya, tapi bohonglah kalau dia tidak mahu duit. Sebenarnya bukan dia mahu sangat masuk dalam keluarga kaya itu, namun dia terpaksa. Hidupnya jadi tidak menentu semenjak mengenali Ariel dan Reyna. Reyna Natasha – Dia punya segalanya. Sekali kemahuannya dibantah, parah jadinya. Lantaran cintanya ditolak, dia membuat onar. Siapa Ariel dan Camelia? Ah... mereka hanya setumpuk debu dalam hidupnya. Ariel Zhafran – Dia sengaja mengambil kesempatan gara-gara insiden cermin keretanya pecah. Suka benar dia mengenakan gadis polos itu. Perempuan seperti itu hanya patung mainan baginya. Titik persahabatan menjadi pemula segalanya. Benarkah pipit hanya terbang sama enggang? Tidak layakkah pipit untuk terbang bersama?